Latest News

12 June 2010

POLAR Promotion

GREAT NEWS!!

In support of the Standard Chartered Marathon KL 2010 (SCKL 2010), POLAR... read more

29 May 2010

Volunteering on Race Day!

Volunteer registration for 22 - 26 June has been closed, thank you for your fantastic response!... read more

29 April 2010

STANDARD CHARTERED KL MARATHON BRINGS CELEBRITIES TOGETHER TO RUN FOR A CAUSE

 

Malaysia’s premier sporting event aims to raise more funds... read more

KL Maraton kembali lagi

16 March 2010


AHMAD SHABERY (berdiri empat dari kiri) bersama-sama penganjur dan peserta selepas melancarkan Standard Chartered KL Maraton 2010 semalam.

ACARA maraton terbesar dan bertaraf dunia, Standard Chartered KL Maraton (SCKLM) kini kembali.
Pihak penganjur, Galazo Sdn. Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan 18,000 penyertaan daripada 60 negara bagi mengambil bahagian dalam lima kategori yang dipertandingkan.

Edisi kedua itu akan berlangsung pada 27 Jun depan dan antara kate- gori yang dipertandingkan ialah maraton 42.195 kilometer (km), separuh maraton 21km, larian 10km, larian keluarga 5km, larian kanak-kanak 3km dan 80 meter.
Larian akan bermula di Dataran Merdeka mengikut kategori seawal pukul 5 hingga 8.30 pagi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang merasmikan pelancaran acara tersebut semalam berkata, dengan penganjuran acara maraton ini diharapkan dapat memupuk daya ketahanan individu khususnya rakyat Malaysia.
"Pihak kementerian sentiasa mengalukan-alukan usaha yang dilakukan oleh mana-mana badan korporat termasuk Standard Chatered Bank Malaysia Berhad dalam usaha memberi landasan terbaik ke arah melahirkan rakyat negara ini yang sihat.
"Acara seperti ini juga bertepatan dengan matlamat pihak kementerian yang ingin melihat rakyat Malaysia yang sihat dan cergas, jelasnya.

Selain itu, perlumbaan tahun ini bakal menyaksikan beberapa perubahan dilakukan termasuk daripada segi laluan perlumbaan itu nanti.
"Kita mahu menguji tahap stamina setiap peserta yang mengambil bahagian selain memperlihatkan kepada mereka tentang keindahan Bandaraya Kuala Lumpur," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.
Bagaimanapun, laluan perlumbaan tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat ini.
Apa yang menariknya, SCKLM 2010 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$100,000 (kira-kira RM330,000).

Untuk maklumat lanjut berhubung acara marathon ini bolehlah melayari laman web www.kl-marathon.com.

Oleh HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm